SELAMAT DATANG DI BLOG SAYA SEMOGA ADA MANFAATNYA UNTUK ANDA

Kamis, 29 November 2012



Guru Pahlawan Terbaikku
Guru adalah pejuang barisan hadapan dalam mendidik anak bangsa. Menjadi guru bukan setakat memegang suatu jawatan yang menjadi suatu profesian yang dihormati sejak zaman berzaman malah guru juga menjadi pencorak masa hadapan anak yang dididik, menentukan jenis insan yang dihasilkan dan bentuk bangsa yang dijelmakan.
Pada asasnya tugas utama seorang pendidik (guru) ialah menyampaikan ilmu pengetahuan, memperkembangkan kemahiran dan membentuk budi pekerti atau akhlak murid. Di samping tugas tersebut guru juga berperanan sebagai perancang, pengurus (pengelola), pemudah cara (fasilitator), pembimbing (KPM, 1990:163), pentadbir, inavator dan penilai.
http://cjcdn.sun.netdna-cdn.com/wp-content/uploads/2012/08/guru-sd-300x236.jpgMentafsir
Isi kandungan sesuatu kurikulum sekolah yang utamanya ialah bahan pelajaran. Tanpa bahan pelajaran yang bernas, kurikulum itu tidak berguna dan tidak bermakna. Maka pemilihan bahan pelajaran untuk membentuk sesuatu kurikulum yang berkesan merupakan tugas yang berat dan terpenting. Di antara kriteria untuk memilih bahan pelajaran supaya membentuk sesuatu kurikulum sekolah yang berkesan ialah :
  1. Ditinjau dari perspektif epistemology,bahan pelajaran hendaklah sesuai dengan prinsip keseriusan kognitif, iaitu bahan pelajaran yang hendak dipilih hendaklah sah dan tepat sekali tanpa sebarang tafsiran kekaburan dan keraguan.
  1. Ditinjau dari perspektif falsafah moral, bahan pelajaran hendaklah sesuai dengan criteria nilai moral, iaitu bahan pelajaran yang dipilih hendaklah mengutamakan unsure pendidikan yang dapat membantu pelajar memupuk nilai moral yang tinggi dan sesuai dengan kehendak masyarakat.
  1. Ditinjau dari perspektif perkembangan psikologi, bahan pelajaran hendaklah diorganisasi dan disusun mengikut turutan perkembangan intelek dan fizikal kanak-kanak iaitu bahan pelajaran yang dipilih untuk membentuk sesuatu kurikulum hendaklah distrukturkan daripada senang kepada sukar, mudah kepada kompleks, dekat kepada jauh dan daripada konkrit kepada abstrak, mengikut sekuen terhadap persekolahan yang sesuai serta system organisasi bahan tersendiri. Dengan perkataan lain, bahan pelajaran yang dipilih diedit dan disusun berlandaskan organisasi secara psikologikal, logical dan sistematik iaitu mengikut sekuen dan aturan bahan yang sesuai.
  1. Ditinjau dari perspektif ekonomi dan pragmatisme bahan pelajaran yang dipilih hendaklah berguna, sesuai dengan keperluan pelajar dan masyarakat. Dengan kata lain bahan pelajaran yang mempunyai nilai ekonomi dan praktikal atau berguna, ialah bahan pelajaran yang boleh membawa faedah untuk kehidupan dalam masyarakat, memanfaatkan pelajar daripada pemupukan nilai murni dan tingkah laku positif serta boleh menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran khasnya teknologi maklumat masa kini.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar